#Kisah Sebenar Pengantin Naik Bas Dari Baling ke Kulim | HARI ini beberapa keping gambar ‘pengantin naik bas’ giat dikongsikan di laman sosial hingga menjadi viral.
#Bersama gambar tersebut disertakan kapsyen memuji kesederhaan pasangan tersebut berjimat ketika berkahwin hingga naik bas manakala kenduri mereka digambarkan cukup sederhana kerana berbumbungkan tarpan sahaja.
#Pengantin juga digambarkan memakai baju pengantin ‘simple’ yang direka sendiri serta tiada pelamin indah untuk majlis mereka.
#Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nubli. |
#Rata-rata netizen memuji kesederhanaan pasangan pengantin tersebut dan ramai yang menyifatkan ianya adalah perkahwinan yang sebenar mengikut kehendak agama kerana tidak membazir.
#Namun kalau pun perkongsian itu diambil dari sudut positif, ianya belum tentu memberi impak yang menggembirakan buat pasangan pengantin yang dijaja cerita mereka ini apabila ianya tidak benar.
#Tinjauan kami di Facebook pengantin perempuan yang viral gambarnya ini mendapati, dia agak kurang senang apabila ramai yang berkongsi kisahnya dengan fakta tidak benar.
#Hakikatnya, perkahwinan pasangan pengantin Abi Nubli dan Isma Amirah amat meriah meskipun tidak sampai ke tahap mewah.
#Apa yang agak melucukan, pakaian pengantin dikatakan ‘simple’ sedangkan mereka adalah tauke butik! Pelamin yang diduduki mempelai ini juga cukup indah dan unik, berbeza dengan apa yang tersebar.
##
#Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nubli. |
#Apa-apa pun, nilai positif yang diambil daripada gambar-gambar fotografi pasangan sama cantik sama padan ini adalah sesuatu yang sepatutnya dijadikan ikutan bakal pengantin di luar sana.
#Sememangnya perkahwinan paling disukai Allah adalah yang sederhana dan dipermudahkan tapi jangan juga lupa, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar.
#Sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin baru Isma dan Abi. Dari satu sudut lain kisah tentang anda meskipun tak berapa tepat dapat juga bantu promosikan bisnes kan
0 comments :
Post a Comment