Friday 25 March 2016

'Kalau Aku Takde Di Dunia, Aku Rasa Lebih Tenang'


#KAJANG - Seorang remaja perempuan maut setelah terjatuh dari tingkat 5 sebuah bangunan, semalam.

#Nur Syaqilla atau panggilan manjanya, Mimie, 14, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.03 petang semalam selepas terjatuh dari tingkat 5.

#Menurut bapanya, Zam, mangsa sebelum ini berniat mahu masuk sekolah tahfiz Sabtu ini. 

#"Dia dah berniat nak masuk sekolah tahfiz Sabtu ini. Malam sehari sebelumnya, dia sempat practise baca Quran/Taklim dan siap packing jubah segala untuk masuk sekolah tahfiz. Tetapi Allah lebih sayangkan dia," katanya. 

#Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tangkas, Bangi, semalam. 



#14 jam yang lalu, Zam menemui nota terakhir yang ditulis oleh anaknya dan kini viral di media sosial. 

0 comments :

Post a Comment