Wednesday 30 March 2016

Rentetan Kes Hantaran 15K..Akhirnya Pengarah JAIS Ambil Tindakan Tegas Kepada Pengantin.Nak Gaduh Sangat Dekat Masjid.


#Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata pernikahan yang ingin dilangsungkan haruslah mengikut rundingan ditetapkan supaya majlisnya berlangsung aman dan harmoni.

#“Kena settle down dulu, perundingan sudah tetapkan. Nak buat rumah tangga, nak bina masjid ni perkara yang elok kenapa nak tidak dielokkan?

#“Maknanya biar buatlah dalam suasana berhemah, harmoni barulah aman damai. Kalau masing-masing bergaduh bila nak selesai?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

#Sebelum ini media melaporkan pengantin lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditumbuk anggota keluarga wanita terbabit.

#Dia dikatakan mahu beredar kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

#Keadaan di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijiah Pantai Dalam di ibu negara bertukar kecoh dengan aksi memaki hamun dan pergelutan kedua-dua anggota keluarga berkenaan, yang kemudian menjadi viral di Internet.

#Haris enggan mengulas lanjut sama ada masalah hantaran menjadi punca pergaduhan itu.
Bagaimanapun, katanya, hantaran bukan perkara wajib seperti mas kawin atau mahar.

#“Terpulang pada pasangan masing-masing, terpulang pada individu. Kalau dia rasa perlu, dia beri hantaran, kalau tak perlu dia tak bagi.

#“Kalau bagi al-Quran (sebagai mahar) dah boleh kahwin, (ia bergantung) atas persepsi masing-masing. Kalau mas kahwin memang dah ditetapkan ikut negeri masing-masing,” katanya.

#Haris turut berseloroh dengan pengalaman sendiri berkahwin hanya dengan hantaran RM5,000 sahaja.
“Saya dulu kahwin bagi RM5,000 dan anak-anak saya semua bahagia,” katanya sambil ketawa.
Majlis kahwin perdana

#Sementara itu, Haris berkata, untuk berjimat, JAIS ada menganjurkan “Majlis Perkahwinan Perdana” setiap cuti sekolah yang menghendaki pasanganhanya membayar serendah RM1,000 hingga RM2,000.

#“Majlis (kenduri) kita buat ramai-ramai, ada 20 pasang, ada 30 pasang (pengantin), kita kenduri serentak, senang saja, maknanya majlis yang berlangsung jadi murahlah,” katanya.

#Sementara itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata calon suami sekarang dikenakan hantaran bernilai tidak kurang daripada RM10,000 untuk diberikan kepada pihak isteri.

0 comments :

Post a Comment