Wednesday 13 April 2016

TERBARU: Luahan TERAKHIR Dr Zakir Naik buat Umat Islam di Malaysia SEDIH, SAYU. Semua orang akan menangis lepas tengok Ucapan beliau ini.


"Saya Sedih Lihat Keadaan Seperti Ini"- Dr Zakir Naik Luah Rasa Kesal Dengan Sebilangan Orang Islam

Sejak beberapa hari ni negara kita hangat dengan isu pembatalan ceramah dari Dr Zakir Naik. Terbaru, ceramahnya di Melaka pada Ahad ini juga telah dibatalkan oleh pihak berkuasa atas alasan-alasan tertentu. Oleh dengan hal itu, Dr Zakir Naik meluahkan rasa kesal atas sikap sesetengah orang yang beragama Islam yang sangat mudah melabel dan menuduh saudara sama agama sebagai kafir.

Jom kita baca luahan Dr Zakir Naik ni..

Menurut Dr Zakir Naik yang juga penceramah dari India, berkata masalah besar bagi umat Islam adalah mereka sangat mudah memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu kecil.
Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan.
Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam.
Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini.

Tambah Dr Zakir Naik, perbalahan yang terjadi sekarang ni bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi juga turut beri imej negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain. Ceramah itu dipetik ketika Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar.
Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

0 comments :

Post a Comment