Thursday 7 April 2016

PANAS!! "Saya Buka TUDUNG Kerana Cari REZEKI" - PELAKON Veteran Buka TUDUNG.. Memang MENGEJUTKAN!!






# PETALING JAYA: Pelakon Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.....

# Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak....

# “Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak,” katanya kepada mStar Online. ....

# Normah diminta mengulas mengenai kekeliruan peminat melihat imejnya yang adakalanya bertudung dan ada masanya tidak.

# Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.
Normah Damanhuri. ....

# Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.

#“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” ujarnya.....

# Sementara itu, kata Normah, dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut. ...

## Ia disebabkan sikapnya yang dapat memberikan komitmen kerja yang tinggi dan seorang berdisiplin.....

#“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan. ....

#“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula. ....

#“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya. .....

## Dalam perkembangan lain, Normah bakal muncul menerusi filem Langit Cinta, arahan Osman Ali pada Januari tahun depan selain drama Tentang Hati, terbitan Global Station.....


0 comments :

Post a Comment