#TERBONGKAR ! Mawar NEKAD Dedah Keperitan Yg Beliau Terpaksa Hadapi Sebelum Jadi Isteri Fizo |
Rasanya umum mengetahui, Mawar merupakan anak kepada usahawan tudung eksklusif, Fareeda.
#Meskipun dilihat mempunyai perniagaan yang berjaya sekarang, tidak ramai tahu kepayahan yang dilalui Mawar pada awal pembabitannya dalam dunia perniagaan.
#Pepatah ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ amat sesuai menggambarkan kisahnya.
#Menurut Mawar, pada awal bisnes ibunya hanya menjahit tudung yang ditempah rakan-rakan dan saudara-mara di kediaman mereka sahaja.
#“Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” katanya.
#Bagi membantu ibu, Mawar menyatakan zaman remajanya terpaksa dikorbankan terutama bagi mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang suatu ketika dahulu langsung tidak dikenali.
#Bagi tujuan itu dia melibatkan diri seawal usia 15 tahun dalam bidang fotografi dengan menjadi model tudung hasil tangan ibunya sendiri.
#“Saya mula jadi model tudung ibu sendiri bila kawan dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.
#“Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera,” ujarnya.
#Mawar yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Fareeda Global Resouces Sdn Bhd akui, perlu berusaha keras demi perniagaan yang dijalankan keluarganya ini.
#“Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu.
#“Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam.
#“Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam,” katanya.
#Berkat kegigihannya dahulu nyata membawa pulangan apabila jenama Fareeda sudah berada pada tahap membanggakan.
#Difahamkan, Mawar bakal tampil dengan koleksinya sendiri yang bakal berada di pasaran pada tahun ini.
0 comments :
Post a Comment